Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sejarah Sekolah Misi dan Visi Plan Lokasi Sekolah Lencana Logo Lagu Sekolah

Sejarah

    SK Kota Masai 2 dibina kerana pertambahan bilangan penduduk di kawasan perumhan di Taman Kota Masai.Hai ini bagi menampung limpahan murid dari SK Kota Masai yang terletak di Jalan Jambu 17, maka terbinalah bangunan SK Kota Masai 2 yang terletak di Jalan Tembikai, Taman Kota Masai.

    Sk Kota Masai 2 telah siap sepenuhnya pada bulan September 2008. Secara rasminya bangunan sekolah baru telah mula diduduki pada 13 Oktober 208. Majlis Penyerahan Surat Perakuan Buka Sekolah Baru telah diadakan pada 17 Oktober 2008. Murid-murid dari Tahun 1,2,3 yang ditempatkan di SK Kota Masai telah dipindahkan ke bangunan baru. Sk Kota Masai 2 Jalan Tembikai. Perpundahan murid-murid dilakukan secara berperingkat sehinggalah pada penghujung sesi persekolahan 2008 terdapat sebanyak 1355 murid telah berjaya ditempatkan di sekolah ini. Pendaftaran murid-murid dari SK Tanjung Langsat, Sk Tanjung Puteri Resort adalah sebanyak 100 murid. Pendaftaran murid tahun 1 sesi 2009 telah diadakan pada 17 November 2008

    Sekolah ini mengandungi Blok A, B, C dan D, sebuah Dewan, Bangunan Pra Sekolah 2 tingkat, kantin dan semua kelengkapan yang terkini. Untuk sasi persekolahan 2009 sebanyak 58 buah kelas diwujudkan untuk menampung bilangan murid sebanyak 2300 murid sebelah pagi dan petang. Untuk sesi pagi, terdapat 30 buah kelas dan terdapat 28 buah kelas dibuka untuk sesi petang. Bangunan Pra sekolah yang berasingan mempunyai 3 kelas, dengan murid seramai 75 orang. Sehubungan itu, tenaga pengajar dijangka seramai 97 orang untuk melaksanakan tugas.

    Kepimpinan sekolah ini telah diterajui oleh Guru Besar yang pertama, Pn. Rosyati bt. Jani yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 01.01.2008.

    Semoga SK Kota Masai 2 terus dinamik, berkembang maju dengan pencapaian-pencapaian cemerlang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

Kembali

 

 

Misi dan Visi

VISI SEKOLAH

Sekolah unggul penjana generasi terbilang

 

MISI SEKOLAH

Membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti

Kembali

 

 

Pelan Lokasi Sekolah

Kembali

 

 

Lencana

Kembali

 

 

Lagu Sekolah

GEMILANG

Kamilah warga putera puteri
S.K. Kota Masai 2
Berganding bahu bersatu hati
Tanamkan cita mulia
Untuk maju dan berjaya
kami akan terus berusaha

Kau cemerlang
Kau gemilang
Kau terbilang
Sekolahku yang tercinta
Berjanji, berikrar dan bertekad

Berdiri megah gagah perkasa
Ilmu dituntut untuk berjaya
Murid berkualiti berpengetahuan
Sahsiah mulia amalan kita
Kami berbakti pada nusa dan bangsa
Sekolah ku Kota Masai 2
Terus cemerlang...

Kembali